Friday 8 November 2019

Kebaikkan ict kepada kanak-kanak


   KEBAIKKAN ICT KEPADA KANAK-KANAK





Meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia luar 
  • kanak-kanak boleh mengetahui lebih mengenai masyarakat, tempat dan alam semulajadi.
Kecenderungan untuk belajar 
  • menggalakkan tumpuan dan ketekunan, membantu mereka untuk membina keyakinan diri dan nilai kendiri serta meningkatkan kecekapan mereka dalam menggunakan teknologi.
Peranan teknologi dalam kehidupan seharian
  • dengan pemerhatian ibubapa, anak anda akan belajar bagaimana teknologi boleh membantu dalam hal-hal seharian seperti mengkaji destinasi yang akan dilawati, memesan barangan, menghantar teks, berkomunikasi dengan orang yang jauh dan lain-lain.












Thursday 7 November 2019

Cara untuk mengelakkan kanak-kanak dari masalah penggunaan ict yang berlebihan

CARA UNTUK MENGELAKKAN KANAK-KANAK DARI MASALAH PENGGUNAAN ICT YANG BERLEBIHAN



⇒Ibu bapa - ibu bapa sewajarnya memantau penggunaan ict kanak-kanak supaya kanak-kanak tidak terdedah kepada sesuatu yang negatif.

⇒Guru - Guru perlulah memastikan kanak-kanak tidak menggunakan komputer secara berbihan. Contohnya, guru perlu menetapkan jangka masa seseorang kanak-kanak bagi penggunaan komputer.

⇒Masyarakat - Pihak masyarakat perlu mengadakan kempen mencegah penggunaan ict yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak supaya hal itu dapat menyedarkan ibu bapa bahawa jika dibiarkan kanak-kanak menghabiskan masa mereka dengan ict, mereka akan menerima banyak kesan yang negatif.

Wednesday 6 November 2019

Tahap umur kanak-kanak yang menggunakan ict

TAHAP UMUR KANAK-KANAK YANG MENGGUNAKAN ICT




  • 0-12 bulan - Pada peringkat ini, ibu bapa telah mendedahkan penggunaan gajet kepada anak-anak mereka.  Ini menyebabkan kanak-kanak mula terpengaruh dengan internet. Contohnya, ketika di sesuatu tempat seperti klinik, kedai makan dan sebagainya, ibu bapa memasang video seperti didi and friends, upin ipin dan sebagainya kepada kanak-kanak supaya mereka tidak mengganggu dan berada dalam keadaan yang baik.

  • 2 tahun - Pada peringkat ini, kanak-kanak mungkin hanya pandai untuk melihat video atau gambar yang dipaparkan. Mereka mula pandai untuk membuka 'you tube' untuk menonton video-video kartun. Seterusnya, mereka juga pandai untuk bermain game yang terdapat di dalam gadjet. Sesetengah kanak-kanak yang sering dimanjakan oleh ibu bapa, mereka akan memberontak sekiranya tidak mendapat gadjet daripada ibu bapa mereka.

  • 3-6 tahun - Pada usia ini, kanak-kanak banyak terdedah dengan ict atau penggunaan gajet. Mereka akan menghabiskan banyak masa dengan bermain gajet. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau pergerakan penggunaan gajet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menghadkan masa untuk kanak-kanak menggunakan gadjet supaya tidak terlalu lama, hal ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi rabun.

Tuesday 5 November 2019

Kesan ict kepada kanak-kanak

        KESAN ICT KEPADA KANAK-KANAK




Ketagihan
  •  Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).
Perkembangan fizikal terbantut
  • Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).
Obesiti Epedemik
  • Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).
Keagresifan
  • Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan kecacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.
Kurang tidur
  • 60% ibu bapa tidak mengawal penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).




Profile The Teachers

Nama Kumpulan : The Teachers Nama Institusi : Kolej Ketengah Bidang pembelajaran : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Nama...