TAHAP UMUR KANAK-KANAK YANG MENGGUNAKAN ICT
- 0-12 bulan - Pada peringkat ini, ibu bapa telah mendedahkan penggunaan gajet kepada anak-anak mereka. Ini menyebabkan kanak-kanak mula terpengaruh dengan internet. Contohnya, ketika di sesuatu tempat seperti klinik, kedai makan dan sebagainya, ibu bapa memasang video seperti didi and friends, upin ipin dan sebagainya kepada kanak-kanak supaya mereka tidak mengganggu dan berada dalam keadaan yang baik.
- 2 tahun - Pada peringkat ini, kanak-kanak mungkin hanya pandai untuk melihat video atau gambar yang dipaparkan. Mereka mula pandai untuk membuka 'you tube' untuk menonton video-video kartun. Seterusnya, mereka juga pandai untuk bermain game yang terdapat di dalam gadjet. Sesetengah kanak-kanak yang sering dimanjakan oleh ibu bapa, mereka akan memberontak sekiranya tidak mendapat gadjet daripada ibu bapa mereka.
- 3-6 tahun - Pada usia ini, kanak-kanak banyak terdedah dengan ict atau penggunaan gajet. Mereka akan menghabiskan banyak masa dengan bermain gajet. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau pergerakan penggunaan gajet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menghadkan masa untuk kanak-kanak menggunakan gadjet supaya tidak terlalu lama, hal ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi rabun.
No comments:
Post a Comment