Monday 9 December 2019

cara mandikan bayi

 CARA MANDIKAN BAYI




  • Bermulalah dengan beberapa isipadu air suam sahaja. Air mandi si manja haruslah bersuhu antara 32 hingga 37 darjah 'c. Selepas mengisi air ke dalam besen atau tab mandipastikan anda mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan yang panas.
  • Sebelum memasukkan si manja ke dalam air mandi, periksa suhu air menggunakan bahagian dalam pergelangan tangan anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas.
  • NOTA: Pastikan pemanas air di rumah anda tidak ditetapkan kepada suhu lebih tinggi daripada 48 darjah 'c untuk melindungi keluarga anda daripada melecur. 
  • Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan. Teruskan menyokong si manja menggunakan sebelah tangan dan mandikannya dengan tangan yang satu lagi.
  • Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam. Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar. Kemudian, dengan menggunakan kain pencuci yang lembut, lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka si manja, dari bahagian tengah menghala ke arah luar. Lap celah-celah lipatan lehernya dan jangan lupa bahagian belakang telinganya.
  • Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam dan gunakan pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi. Jika si manja mempunyai rambut yang lebat, anda boleh mencuba syampu yang lembut, seperti JOHNSON'S® baby shampoo. Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.
  • Akhir sekali, cuci kawasan lampin. Bagi bayi perempuan, bersihkan bahagian kemaluan dengan mencuci dari depan ke belakang. Untuk bayi lelaki, cuci zakar dan bahagian kemaluan, juga dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti. Untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bersunat, jangan tarik kulupnya ke belakang.
  • Biarkan si manja meluangkan sedikit masa di dalam bekas mandian untuk menikmati air yang suam itu. Siram badannya dengan air mandian yang suam itu untuk memastikan si manja tidak kesejukan. Berhati-hati dengan air yang mengalir terus dari paip kerana kadangkala suhu air boleh berubah secara tiba-tiba.
  • Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.
  • Keringkan si manja dengan rapi terutamanya di celah-celah lipatan kulitnya. Lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Lap kulitnya hingga kering untuk mengelakkan kerosakan kulit.
  • Sebelum memakaikan pakaian, sapukan pelembap bayi yang lembut, seperti JOHNSON'S® baby lotion yang hipoalergenik dan terbukti secara klinikal bersifat lembut dan tidak merengsakan.

No comments:

Post a Comment

Profile The Teachers

Nama Kumpulan : The Teachers Nama Institusi : Kolej Ketengah Bidang pembelajaran : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Nama...