Monday 9 December 2019

Profile The Teachers










Nama Kumpulan : The Teachers

Nama Institusi : Kolej Ketengah

Bidang pembelajaran : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Nama Ahli Kumpulan : Nuratierah Binti Mamat              
                                       Nor Aufa Kamilah Binti Afandi
                                       Nurin Afifah Binti Abdul Rashid
                                       Siti Nur Syuhada Binti Sidek


Blog ini dicipta bagi matapelajaran ict untuk subjek Puan Umi Azianawati binti Abd Aziz. Kami diminta untuk mencipta sebuah blog berkaitan kanak-kanak atau ict. Diharap semua yang membaca blog ini akan memperolehi ilmu pengetahuan dan memanfaatkannya untuk masa hadapan.


                                     

Definisi 

Pendidikan awal kanak-kanak membawa erti kepada program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun. 'Tadika' pula merupakan tempat dimana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai 10 orang atau lebih. Manakala 'Taska' pula bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun iaitu bermula dari lahir sehingga 4 tahun. 

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak

  • Pendidikan awal kanak-kanak menyediakan generasi yang mempunyai idea ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan.

  • Peringkat kanak-kanak ialah peringkat yang paling laju dalam perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang individu.

  • Dapat melahirkan kanak-kanak yang berilmu pengetahuan. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak diberikan pendidikan dalam diri mereka, mereka akan menjadi seseorang yang berilmu pada masa akan datang.

Konsep pendidikan awal kanak-kanak


Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.


Jenis-jenis teori yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak

  • Teori Howard Gardner
  • Teori Maria Montesori
  • Teori Jean Piaget
  • Teori Bandura
  • Teori Kolberg
Ciri kanak-kanak

  • Setiap kanak-kanak adalah unik. Contohnya, mereka mempunyai sifat-sifat yang berbeza.
  • Kanak-kanak mempunyai tahap kematangan yang berbeza. Contohnya, tidak semua kanak-kanak dapat berfikir secara logik.
  • Kanak-kanak adalah aktif. Contohnya, mereka suka meneroka untuk menambah pengetahuan mereka.
  • Kanak-kanak gemar bertanya dan bercakap. Pada peringkat kanak-kanak, mereka suka bertanya dan bercakap untuk mengetahui sesuatu perkara.
  • Kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Hal ini kerana, itu merupakan salah satu proses kanak-kanak untuk membesar.
  • Semua kanak-kanak berupaya diberi pendidikan kerana mereka perlu diajar dan dipupuk semenjak mereka kecil lagi. Selain daripada itu, pendidikan perlu bermula dari awal.
  • Aktiviti pembelajaran haruslah menarik dan bermakna supaya dapat menarik minat mereka.

                   

No comments:

Post a Comment

Profile The Teachers

Nama Kumpulan : The Teachers Nama Institusi : Kolej Ketengah Bidang pembelajaran : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Nama...