Monday 9 December 2019

Profile The Teachers










Nama Kumpulan : The Teachers

Nama Institusi : Kolej Ketengah

Bidang pembelajaran : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Nama Ahli Kumpulan : Nuratierah Binti Mamat              
                                       Nor Aufa Kamilah Binti Afandi
                                       Nurin Afifah Binti Abdul Rashid
                                       Siti Nur Syuhada Binti Sidek


Blog ini dicipta bagi matapelajaran ict untuk subjek Puan Umi Azianawati binti Abd Aziz. Kami diminta untuk mencipta sebuah blog berkaitan kanak-kanak atau ict. Diharap semua yang membaca blog ini akan memperolehi ilmu pengetahuan dan memanfaatkannya untuk masa hadapan.


                                     

Definisi 

Pendidikan awal kanak-kanak membawa erti kepada program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun. 'Tadika' pula merupakan tempat dimana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai 10 orang atau lebih. Manakala 'Taska' pula bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun iaitu bermula dari lahir sehingga 4 tahun. 

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak

  • Pendidikan awal kanak-kanak menyediakan generasi yang mempunyai idea ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan.

  • Peringkat kanak-kanak ialah peringkat yang paling laju dalam perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang individu.

  • Dapat melahirkan kanak-kanak yang berilmu pengetahuan. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak diberikan pendidikan dalam diri mereka, mereka akan menjadi seseorang yang berilmu pada masa akan datang.

Konsep pendidikan awal kanak-kanak


Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.


Jenis-jenis teori yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak

  • Teori Howard Gardner
  • Teori Maria Montesori
  • Teori Jean Piaget
  • Teori Bandura
  • Teori Kolberg
Ciri kanak-kanak

  • Setiap kanak-kanak adalah unik. Contohnya, mereka mempunyai sifat-sifat yang berbeza.
  • Kanak-kanak mempunyai tahap kematangan yang berbeza. Contohnya, tidak semua kanak-kanak dapat berfikir secara logik.
  • Kanak-kanak adalah aktif. Contohnya, mereka suka meneroka untuk menambah pengetahuan mereka.
  • Kanak-kanak gemar bertanya dan bercakap. Pada peringkat kanak-kanak, mereka suka bertanya dan bercakap untuk mengetahui sesuatu perkara.
  • Kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Hal ini kerana, itu merupakan salah satu proses kanak-kanak untuk membesar.
  • Semua kanak-kanak berupaya diberi pendidikan kerana mereka perlu diajar dan dipupuk semenjak mereka kecil lagi. Selain daripada itu, pendidikan perlu bermula dari awal.
  • Aktiviti pembelajaran haruslah menarik dan bermakna supaya dapat menarik minat mereka.

                   

Cara mengambil wudhu'

                        CARA MENGAMBIL WUDHU'



  • Niat di dalam hati untuk melakukan wudhu.
  • Membaca Bismillah sambil mencuci kedua belah tangan sampai ke pergelangan tangan.
  • Berkumur-kumur sebanyak tiga kali.
  • Memasukkan air ke lubang hidung dan mengeluarkannya sebanyak tiga kali.
  • Membasuh muka sebanyak tiga kali dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
  • Basuh tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali.
  • Disunnahkan untuk menyapu ke seluruh kepala. Mulakan dengan membasahi kedua tangan dan letakkan kedua telapak tangan di atas rambut bahagian depan, sapukan kedua telapak tangan sehingga ke bahagian belakang kepala dan tarik kembali sehingga sampai ke mula menyapu tadi. Memadai menyapu satu kali tetapi dibolehkan sehingga tiga kali.
  • Menyapu dengan air ke telinga dan diulangi sebanyak tiga kali.
  • Membasuh kedua kaki sehingga ke buku lali dan dilakukan sebanyak tiga kali.
  • Membaca doa berwudhu.

Rukun wudhu

                             RUKUN WUDHU



  • Berniat untuk mengambil wudhu.
  • Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga kedua-dua tulang dagu dan antara cuping telinga dan anak telinga kiri.
  • Membasuh dua tangan serta dua siku.
  • Sapu sebahagian daripada kepala.
  • Membasuh kedua-dua kaki seta kedua-dua buku lali.
  • Tertib.

Cara membancuh susu formula dengan betul

CARA BANCUH SUSU FORMULA DENGAN BETUL

  • Air masak yang telah sejuk harus dituangkan ke dalam botol susu.
  • Tuangkan sedikit demi sedikit sehingga air di dalam botol berkeadaan suam. Nisbahnya adalah 1 bahagian air panas dicampurkan 4 bahagian air masak.
  • Sudu yang disediakan di dalam tin harus digunakan untuk menyukat susu formula. Ikuti arahan pada kemasan tin.
  • Tutup dan ketatkan botol susu. Goncangkan botol susu hingga larut dan sebati.
  • Uji suhu susu dengan menuang botol susu di atas tapak tangan. Ia sepatutnya tidak panas, dan suam.

Kesan jika salah bancuh susu formula

KESAN JIKA SALAH BANCUH SUSU FORMULA


 

1. Berat bayi mungkin bertambah dengan terlalu banyak jika terlalu pekat bancuhan susu.
2. Buah pinggang bayi mungkin akan rosak.
3. Jika serbuk susu terlalu sedikit diletakkan, berat badan bayi mungkin tidak bertambah.

cara mandikan bayi

 CARA MANDIKAN BAYI




  • Bermulalah dengan beberapa isipadu air suam sahaja. Air mandi si manja haruslah bersuhu antara 32 hingga 37 darjah 'c. Selepas mengisi air ke dalam besen atau tab mandipastikan anda mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan yang panas.
  • Sebelum memasukkan si manja ke dalam air mandi, periksa suhu air menggunakan bahagian dalam pergelangan tangan anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas.
  • NOTA: Pastikan pemanas air di rumah anda tidak ditetapkan kepada suhu lebih tinggi daripada 48 darjah 'c untuk melindungi keluarga anda daripada melecur. 
  • Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan. Teruskan menyokong si manja menggunakan sebelah tangan dan mandikannya dengan tangan yang satu lagi.
  • Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam. Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar. Kemudian, dengan menggunakan kain pencuci yang lembut, lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka si manja, dari bahagian tengah menghala ke arah luar. Lap celah-celah lipatan lehernya dan jangan lupa bahagian belakang telinganya.
  • Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam dan gunakan pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi. Jika si manja mempunyai rambut yang lebat, anda boleh mencuba syampu yang lembut, seperti JOHNSON'S® baby shampoo. Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.
  • Akhir sekali, cuci kawasan lampin. Bagi bayi perempuan, bersihkan bahagian kemaluan dengan mencuci dari depan ke belakang. Untuk bayi lelaki, cuci zakar dan bahagian kemaluan, juga dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti. Untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bersunat, jangan tarik kulupnya ke belakang.
  • Biarkan si manja meluangkan sedikit masa di dalam bekas mandian untuk menikmati air yang suam itu. Siram badannya dengan air mandian yang suam itu untuk memastikan si manja tidak kesejukan. Berhati-hati dengan air yang mengalir terus dari paip kerana kadangkala suhu air boleh berubah secara tiba-tiba.
  • Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.
  • Keringkan si manja dengan rapi terutamanya di celah-celah lipatan kulitnya. Lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Lap kulitnya hingga kering untuk mengelakkan kerosakan kulit.
  • Sebelum memakaikan pakaian, sapukan pelembap bayi yang lembut, seperti JOHNSON'S® baby lotion yang hipoalergenik dan terbukti secara klinikal bersifat lembut dan tidak merengsakan.

Cara mengurut bayi di bahagian muka

CARA MENGURUT BAYI DI BAHAGIAN MUKA 



  • Gunakan jari-jemari untuk menyentuh bahagian muka bayi dengan lembut. Mulakan pada bahagian tengah dahi ke bawah, hingga ke bahagian pipi. Jangan dipicit atau ditekan, cukup sekadar menyentuhnya dengan sapuan lembut. Harus berhati-hati kerana bahagian kepala bayi sangat lembut dan terlebih tekanan boleh memudaratkannya secara serius.
  • Jika bayi anda nampak selesa dengan urutan, pusingkan bahagian badannya dan teruskan mengurut bahagian belakangnya pula. Urutkan daripada bahagian atas badan hingga ke ibu jari kaki.
  • Pastikan anda mengurut bayi semasa anda berada dalam keadaan gembira dan tidak tertekan atau terlalu letih. Jika bayi kelihatan tidak selesa, tidak perlulah meneruskan sesi urutan yang terlalu lama. Cari masa yang sesuai dan praktikkan cara mengurut bayi ini hanya setelah bayi anda bertenang.

Cara panaskan susu formula

CARA PANASKAN SUSU FORMULA



  1. Ambil sebotol susu dari peti sejuk dan betulkan kedudukan puting ke arah atas. Panaskan di dalam air hangat. Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro kerana susu mungkin menjadi terlalu panas walaupun bahagian luar botol masih terasa sejuk.
  2. Periksa pengaliran susu. Susu sepatutnya keluar dua atau tiga titis sesaat. Lubang yang terlalu kecil akan menyebabkan susu sukar dihisap. Manakala lubang terlalu besar menyebabkan susu menyembur keluar.
  3. Uji suhu dengan cara menitiskan beberapa titisan pada bahagian dalam pergelangan tangan anda. Susu sepatutnya berasa suam-suam kuku.
  4. Putar gegelang botol supaya berada pada kedudukannya di atas botol untuk membenarkan udara masuk ketika bayi anda menghisap susu keluar. Ini mengelakkan puting daripada jatuh dan menghentikan pengaliran susu.

Cara mengurut bayi di bahagian kaki

CARA MENGURUT BAYI DI BAHAGIAN KAKI



  • Urutan bayi berlangsung selama 10-30 minit, bergantung kepada keselesaan bayi anda. Seelok-eloknya bayi diurut selepas mandi kerana ketika ini bayi berasa dalam keadaan selesa, tidak terlalu letih, dan tidak meragam.
  • Untuk memulakannya, gunakan beberapa titik minyak telon atau minyak aroma terapi yang sesuai untuk bayi. Titikkan pada tangan anda dahulu supaya tangan anda tidak terlalu sejuk. Kemudian, mula mengurut tapak kaki bayi dengan lembut dan perlahan. Urutkan daripada tumit ke atas, menghadap ibu jari.
  •  Teruskan dengan urutan lembut ke bahagian kaki hingga pinggang. Mulakan pada bahagian buku lali, paha, sehingga ke pinggang. Elakkan mengurut bahagian kemaluan bayi. Pegangkan kaki bayi dengan cermat dan urut lembut ke arah perutnya untuk mengeluarkan angin.

Cara mengurut bayi di bahagian atas badan

CARA MENGURUT BAYI DI BAHAGIAN ATAS BADAN




  • Cara mengurut bayi di bahagian badan atas adalah dengan memulakannya pada bahu. Urut lembut ke arah dadanya.
  • Kemudian, urutkan lengan bayi daripada bahu ke pergelangan tangan. Cuba elakkan minyak urut daripada terkena tangan bayi. Jika ini berlaku, lapkan tangan bayi sebelum bayi memasukkannya ke dalam mulut.
  • Bahagian perut bayi adalah sangat sensitif, lebih-lebih lagi sekiranya tali pusat masih belum tertanggal. Oleh itu, pastikan perut bayi anda berada dalam keadaan lembut sebelum mengurut. Jangan urut perutnya jika bayi baru lepas menyusu. Jauhkan tangan anda daripada tali pusat sekiranya ia masih belum tertanggal.

Definisi penjagaan bayi


definisi penjagaan bayi


  • penjagaan bayi adalah mendidik, mengasuh, menjaga bayi yang baru lahir seperti dirumah, taska dan sebagainya.


  















Adab murid dengan guru

                        
                             ADAB MURID DENGAN GURU




Antara adab murid dengan guru ialah:
  • Memberikan salam kepada guru.
  • Jangan banyak bercakap.
  • Jangan bercakap jika tidak ditanya.
  • Jangan menyangkal kata-kata guru.
  • Elakkan berbisik di hadapan guru.
  • Jangan berburuk sangka kepada guru.
  • Berdiri apabila guru bangun.


RUJUKAN


The Teachers Gallery

                                    THE TEACHERS GALLERY

Pada tanggal 5 November 2019, mahasiswa Kolej Ketengah telah mengadakan program jalinan mesra bersama pelatih-pelatih ppdk AMBS. Seramai 49 orang termasuk pensyarah terlibat dalam program tersebut. Program ini diadakan bagi memberi pededahan kepada mahasiswa tentang pendidikan khas, menghargai golongan-golongan pendidikan khas dan tidak memandang rendah kepada golongan-golonga seperti mereka. 














Pada semester 3,  mahasiswa Kolej Ketengah dijemput ke program gotong royong di Sekolah Kebangsaan Jerangau. Seramai 47 orang mahasiswa terlibat di dalam program ini. Program ini memberi banyak nilai murni seperti tolong menolong, kerjasama dan sebagainya.








Profile The Teachers

Nama Kumpulan : The Teachers Nama Institusi : Kolej Ketengah Bidang pembelajaran : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Nama...