CARA MENGURUT BAYI DI BAHAGIAN ATAS BADAN
- Cara mengurut bayi di bahagian badan atas adalah dengan memulakannya pada bahu. Urut lembut ke arah dadanya.
- Kemudian, urutkan lengan bayi daripada bahu ke pergelangan tangan. Cuba elakkan minyak urut daripada terkena tangan bayi. Jika ini berlaku, lapkan tangan bayi sebelum bayi memasukkannya ke dalam mulut.
- Bahagian perut bayi adalah sangat sensitif, lebih-lebih lagi sekiranya tali pusat masih belum tertanggal. Oleh itu, pastikan perut bayi anda berada dalam keadaan lembut sebelum mengurut. Jangan urut perutnya jika bayi baru lepas menyusu. Jauhkan tangan anda daripada tali pusat sekiranya ia masih belum tertanggal.
No comments:
Post a Comment